Apabila Janggut & Tudung Berintegriti

Melayu Malaysia dikejutkan dengan tohmahan isteri orang main dengan Ketua Pengarah SPRM (TS SPRM).
Main dengan isteri orang adalah tabu dalam budaya Melayu, ia sekeji perbuatan menjubor sesama jantan.
Fitnah oleh Red Bean Army (RBA) sebagaimana dakwaan Ketua Pengarah JASA (DS Puad) berniat jahat dengan tujuan memusnahkan kredibiliti SPRM.
Kebelakangan ini SPRM telah memainkan peranan penting di bawah teraju TS SPRM dalam menangkap ramai individu berprofil tinggi dengan dakwaan rasuah (walaupun masih tiada hukuman dijatuhkan setakat ini).
Ketegasan TS SPRM dapat dilihat dengan jelas apabila setiap tangkapan oleh SPRM pasti diwarnai oleh adegan-adegan yang bertujuan untuk memalukan orang yang ditangkap.
TS SPRM juga orang yang sangat bijak propaganda apabila melaksanakan trial by media dengan sangat berkesan setiap kali SPRM melaksanakan tangkapan.
Ketelusan TS SPRM dalam memutuskan kategori tangkapan sangat adil dan seimbang apabila ia dilihat agak berselang seli antara parti pembangkang dan parti kerajaan dan sekali sekala penjawat awam.
Semua yang tersebut itulah yang dikatakan menjadi punca RBA menyerang kredibiliti beliau dengan alasan bahawa ia akan secara langsung menjejaskan integriti SPRM.
Bagaimanapun, sebagaimana sejarah Hang Nadim dalam kisah Singapura dilanggar todak membayangkan bahawa TS SPRM juga adalah ancaman kepada parti kerajaan sedia ada.
Justeru cadangan untuk menubuhkan Jabatan Integriti & Tadbir Urus Negara (JITN) yang kelihatan sebagai pengimbang kuasa SPRM oleh parti kerajaan sedia ada adalah runding cara yang tidak sepatutnya ditolak oleh TS SPRM malangya tidak sebegitu jadinya.
Isu JITN juga barangkali boleh menjadi dalang terhadap tohmahan yang sedang menimpa TS SPRM.
Seandainya benar maka RBA tidak boleh dikambing hitamkan kerana pasti ada pihak dalam parti kerajaan yang terlibat.
Berbalik kepada isu pokok dan fakta tohmahan tersebut.
Terkini Peguam Negara telah mengeluarkan arahan rasmi yang tertentu berkaitan siasatan terhadap tohmahan tersebut.
Kini semakin jelas bahawa senario sebenar kes ini lebih cenderung kepada faktor politik.
Begitu besarkah individu yang bernama TS SPRM sedangkan kes beliau sekadar antara kemaluan dan kemaluan sahaja bukanya apa apa pun.
Tidak ada rahsia negara mahupun aset negara yang penting tergadai ataupun dalam ancaman.
Seandainya beliau dipecat apakah bermaksud keseluruhan SPRM akan dimansuhkan?
Beliau seorang sahajakah rakyat Malaysia yang mampu menjadi TS SPRM?
Bukankah kes antara kemaluan dengan kemaluan orang yang sama-sama beragama Islam adalah urusan Mahkamah Syariah?
Apa yang kini berlaku adalah sistem perundangan tidak menghakimi TS SPRM sebaliknya menghukum sesiapapun yang memperkatakan tentang perbuatan beliau.
Baru-baru ini sekatan dikenakan terhadap blog dan saluran yang membicarakan tentang perbuatan TS SPRM.
Akhir kata, tak rasuah bukanlah lesen besar untuk main dengan isteri orang.
Kalau dah main isteri orang janganlah menyusahkan orang lain pula.

https://youtu.be/jCRpv6IWAw0

Apa yang kini beelaku adalah sistem perundangan tidak menghakimi TS SPRM sebaliknya menghukum sesiapapun yang memperkatakan tentang perbuatan beliau.
Baru-baru ini sekatan dikenakan terhadap blog dan saluran yang membicarakan tentang perbuatan TS SPRM.
Akhir kata, tak rasuah bukanlah lesen besar untuk main dengan isteri orang.
Kalau dah main isteri orang janganlah menyusahkan orang lain pula.

https://youtu.be/jCRpv6IWAw0

Johore Civil Service (JCS) – Legasi Pentadbiran Johor Moden

johor_full_map_font_Station

JCS adalah sejarah awal yang merintis kejayaan pentadbiran Johor Moden pada hari ini.

Bagi yang ingin mengetahui siapa dan apakah JCS, mereka boleh melayari laman sesawang ini http://www.johor.gov.my/en/suk/jcs?pagenum=2.

Bagi yang ingin mengetahui sejarah JCS, mereka boleh melayari laman sesawang ini http://jcs.johor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Itemid=29.

Pada hari ini terdapat kira-kira 21,000 orang anggota JCS yang berkhidmat menyokong pentadbiran sejumlah 3,554,000 orang rakyat Johor dengan keluasan pentadbiran sebanyak 19,210 km persegi.

Secara perbandingan, setiap seorang JSC berkhidmat kepada kira-kira 170 orang rakyat Johor dan terhadap kira-kira 1km persegi keluasan tanah dalam negeri Johor.

Ketika ini 300 orang anggota JCS mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis.

Jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan negeri Johor adalah sekitar RM7juta dan dijangka akan mencecah RM8juta pada tahun mendatang.

Perkara ini menyuntik kesedaran kepada kerajaan negeri Johor dan disuarakan oleh Exco kerajaan negeri Johor iaitu Datuk Ayub Rahmat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor pada hari ini ketika melancarkan Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 di Hospital Enche’ Hajjah Besar Khalsom.

Selain daripada membentangkan statistik yang berkaitan, beliau memberitahu kepada umum bahawa beberapa badan yang berkaitan telah ditugaskan untuk mencadangkan satu bentuk pelan penjagaan kesihatan sebagaimana yang diperlukan dan tempoh yang diberikan adalah selama 6 (enam) bulan.

Antara badan yang disebut adalah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pentadbiran) dan IRDA.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk meneliti skim Singapore’s MediSave dan MediCare.

Sumber : http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/03/20/rising-medical-expenditure-ayub-johor-spent-rm7mil-last-year-on-care-and-treatment-for-civil-servant/

Rumah Mampu Tengok Generasi Kedua Felda

14494891_130332430762630_2543690716873142651_nHari ini Felda dengan bangganya mengumumkan kejayaan mereka “bakal” menyiapkan perumahan bagi generasi kedua Felda.
Adakah perkara ini benar-benar akan membawa perubahan besar terhadap kualiti kehidupan generasi kedua Felda ?
Apakah perbezaan di antara perumahan generasi kedua Felda dengan taman-taman perumahan lain yang ditawarkan oleh pemaju perumahan konvensional ?
Apakah objektif sebenar projek ini dan adakah ianya memenuhi ruang kemampuan dan mengisi keperluan generasi kedua Felda ?

Kebiasaanya setiap kali musim pilihan raya menjelang maka pelbagai jenis pengumuman akan mula dijuadahkan.
Selain daripada bertujuan untuk menghalwakan pandangan para pengundi terhadap Barisan Nasional, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian presiden Barisan Nasional agar menyorot kebijakan kepimpinan Felda dalam mambantu kempen Barisan Nasional bagi memenangi pilihan raya.
Sangatlah jelas ianya lebih kepada satu cara untuk menghalalkan kaedah membelanjakan wang Felda supaya dilihat sebagai memenuhi keperluan generasi kedua Felda sedangkan pada dasarnya ia hanyalah satu lagi kehendak pemimpin Felda untuk menyalir keluarkan dana Felda.

Hakikatnya apakah yang mereka faham tentang generasi kedua Felda ?
Tahukah mereka bahawa kebanyakan generasi kedua Felda di mana kawasan perumahan tersebut dibangunkan tidak memenuhi kriteria kemampuan untuk membeli rumah melalui sistem pembiayaan kewangan ?
Lainlah sekiranya ia dibangunkan di kawasan-kawasan bandar yang kebanyakanya terdapat populasi generasi kedua Felda yang tinggi dan berkemampuan serta layak untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan kewangan.
Sebenarnya projek perumahan generasi kedua Felda ini seharusnya dijadikan satu daripada SBU di dalam organisasi korporat Felda di mana manfaat kepada generasi kedua Felda lebih dalam bentuk pulangan sama ada saham mahupun keuntungan dalam perniagaan.
Memelanggankan generasi kedua Felda dalam kitaran perniagaan Felda bukanlah satu strategi perniagaan yang bijak melainkan ia melibatkan keperluan saling kitaran secara langsung seperti hubungan antara kilang-kilang felda dengan hasil-hasil komoditi yang dikeluarkan oleh para peneroka Felda.

Untuk membezakan antara projek perumahan generasi kedua Felda dengan taman-taman perumahan konvensional yang lain, perlu merujuk kepada tiga elemen asas yang merantai faktor pembangunan sektor perumahan di negara kita.
Elemen pertama adalah faktor komersil hartanah, elemen kedua adalah faktor pembiayaan dan elemen ketiga adalah kualiti syarikat-syarikat pemaju perumahan.
Sekiranya kawasan perumahan tersebut dibangunkan di kawasan yang rendah nilai komersil hartanahnya maka sudah pasti ia adalah pakej bagi peluang pekerjaan yang tidak ekonomik, terhad dan prospek jangka panjang yang buruk.
Maksudnya ia adalah satu pelaburan hartanah yang tidak bagus.
Apalah gunanya ditawarkan produk dengan jenama berbeza tetapi pada harga yang sama ?
Apapun kaedahnya, mustahil perumahan generasi kedua Felda mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan taman-taman perumahan konvensional melainkan terdapat banyak pengurangan sama ada dari segi kualiti ataupun nilai asas pemilikan yang lain.
Ini adalah kerana mereka berkongsi bahan, teknologi dan sumber yang sama bagi membangunkan mana-mana taman-taman perumahan pada ketika ini.
Akhirnya adakah sebarang kaedah intensif pembiayaan yang lebih rendah kadar bunganya dan panjang tempoh pembiayaanya bagi merendahkan beban bayaran ansuran hutang generasi kedua Felda ?
Juga adakah kaedah intensif pembiayaan tersebut memastikan setiap generasi kedua Felda layak untuk mendapatkan kemudahan pinjaman ?

Objektif sebenar sebarang aktiviti Felda seharusnya tidak boleh lari daripada dasar yang telah digarispanduankan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu untuk memberi tanah kepada golongan rakyat yang tidak berkemampuan guna meningkatkan nilai-nilai kualiti kehidupan mereka dan generasi berikutnya.
Sebenarnya apa yang diperlukan oleh generasi kedua Felda adalah sebidang tanah untuk dibina rumah sebagai kediaman.
Secara purata hanya seorang ataupun dua orang anak peneroka Felda yang tinggal kekal di perkampungan Felda bagi menyambung warisan tanah rancangan daripada generasi sebelumnya.
Ini bererti satu peneroka sebidang tanah untuk generasi kedua sudah memadai bagi mereka.
Kaedah ini boleh ditiru daripada konsep kampung kurnia yang tertakluk kepada kuasa-kuasa yang telah diperuntukan kepada Ketua Kampung.
Sekiranya Felda bermurah hati untuk membantu mereka membina rumah di tanah tersebut, Felda boleh menawarkan pinjaman sebagaimana yang telah pernah ditawarkan kepada generasi peneroka yang terdahulu.
Untuk mengatasi isu kelayakan pembiayaan, sebenarnya setiap daripada generasi kedua Felda adalah pewaris kepada geran tanah rancangn yang telah ditebus oleh ibu dan bapa mereka dan ia selayaknya wajar untuk melindungi syarat pembiayaan tersebut sebagai cagaran.
Seandainya berlaku masalah dalam pembayaran semula, Felda bolehlah mengambil hasil daripada kebun-kebun peneroka yang terlibat sebagai ganti kepada bayaran ansuran bulanan.
Ketahuilah bahawa pada ketika ini terdapat banyak tanah rizab di sekitar perkampungan Felda yang boleh diberikan kepada generasi kedua Felda.

Beri mereka tanah, mereka boleh dirikan rumah.
Binakan mereka taman perumahan, mana mereka mampu membeli kediaman sedemikian ?