Rumah Mampu Tengok Generasi Kedua Felda

14494891_130332430762630_2543690716873142651_nHari ini Felda dengan bangganya mengumumkan kejayaan mereka “bakal” menyiapkan perumahan bagi generasi kedua Felda.
Adakah perkara ini benar-benar akan membawa perubahan besar terhadap kualiti kehidupan generasi kedua Felda ?
Apakah perbezaan di antara perumahan generasi kedua Felda dengan taman-taman perumahan lain yang ditawarkan oleh pemaju perumahan konvensional ?
Apakah objektif sebenar projek ini dan adakah ianya memenuhi ruang kemampuan dan mengisi keperluan generasi kedua Felda ?

Kebiasaanya setiap kali musim pilihan raya menjelang maka pelbagai jenis pengumuman akan mula dijuadahkan.
Selain daripada bertujuan untuk menghalwakan pandangan para pengundi terhadap Barisan Nasional, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian presiden Barisan Nasional agar menyorot kebijakan kepimpinan Felda dalam mambantu kempen Barisan Nasional bagi memenangi pilihan raya.
Sangatlah jelas ianya lebih kepada satu cara untuk menghalalkan kaedah membelanjakan wang Felda supaya dilihat sebagai memenuhi keperluan generasi kedua Felda sedangkan pada dasarnya ia hanyalah satu lagi kehendak pemimpin Felda untuk menyalir keluarkan dana Felda.

Hakikatnya apakah yang mereka faham tentang generasi kedua Felda ?
Tahukah mereka bahawa kebanyakan generasi kedua Felda di mana kawasan perumahan tersebut dibangunkan tidak memenuhi kriteria kemampuan untuk membeli rumah melalui sistem pembiayaan kewangan ?
Lainlah sekiranya ia dibangunkan di kawasan-kawasan bandar yang kebanyakanya terdapat populasi generasi kedua Felda yang tinggi dan berkemampuan serta layak untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan kewangan.
Sebenarnya projek perumahan generasi kedua Felda ini seharusnya dijadikan satu daripada SBU di dalam organisasi korporat Felda di mana manfaat kepada generasi kedua Felda lebih dalam bentuk pulangan sama ada saham mahupun keuntungan dalam perniagaan.
Memelanggankan generasi kedua Felda dalam kitaran perniagaan Felda bukanlah satu strategi perniagaan yang bijak melainkan ia melibatkan keperluan saling kitaran secara langsung seperti hubungan antara kilang-kilang felda dengan hasil-hasil komoditi yang dikeluarkan oleh para peneroka Felda.

Untuk membezakan antara projek perumahan generasi kedua Felda dengan taman-taman perumahan konvensional yang lain, perlu merujuk kepada tiga elemen asas yang merantai faktor pembangunan sektor perumahan di negara kita.
Elemen pertama adalah faktor komersil hartanah, elemen kedua adalah faktor pembiayaan dan elemen ketiga adalah kualiti syarikat-syarikat pemaju perumahan.
Sekiranya kawasan perumahan tersebut dibangunkan di kawasan yang rendah nilai komersil hartanahnya maka sudah pasti ia adalah pakej bagi peluang pekerjaan yang tidak ekonomik, terhad dan prospek jangka panjang yang buruk.
Maksudnya ia adalah satu pelaburan hartanah yang tidak bagus.
Apalah gunanya ditawarkan produk dengan jenama berbeza tetapi pada harga yang sama ?
Apapun kaedahnya, mustahil perumahan generasi kedua Felda mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan taman-taman perumahan konvensional melainkan terdapat banyak pengurangan sama ada dari segi kualiti ataupun nilai asas pemilikan yang lain.
Ini adalah kerana mereka berkongsi bahan, teknologi dan sumber yang sama bagi membangunkan mana-mana taman-taman perumahan pada ketika ini.
Akhirnya adakah sebarang kaedah intensif pembiayaan yang lebih rendah kadar bunganya dan panjang tempoh pembiayaanya bagi merendahkan beban bayaran ansuran hutang generasi kedua Felda ?
Juga adakah kaedah intensif pembiayaan tersebut memastikan setiap generasi kedua Felda layak untuk mendapatkan kemudahan pinjaman ?

Objektif sebenar sebarang aktiviti Felda seharusnya tidak boleh lari daripada dasar yang telah digarispanduankan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu untuk memberi tanah kepada golongan rakyat yang tidak berkemampuan guna meningkatkan nilai-nilai kualiti kehidupan mereka dan generasi berikutnya.
Sebenarnya apa yang diperlukan oleh generasi kedua Felda adalah sebidang tanah untuk dibina rumah sebagai kediaman.
Secara purata hanya seorang ataupun dua orang anak peneroka Felda yang tinggal kekal di perkampungan Felda bagi menyambung warisan tanah rancangan daripada generasi sebelumnya.
Ini bererti satu peneroka sebidang tanah untuk generasi kedua sudah memadai bagi mereka.
Kaedah ini boleh ditiru daripada konsep kampung kurnia yang tertakluk kepada kuasa-kuasa yang telah diperuntukan kepada Ketua Kampung.
Sekiranya Felda bermurah hati untuk membantu mereka membina rumah di tanah tersebut, Felda boleh menawarkan pinjaman sebagaimana yang telah pernah ditawarkan kepada generasi peneroka yang terdahulu.
Untuk mengatasi isu kelayakan pembiayaan, sebenarnya setiap daripada generasi kedua Felda adalah pewaris kepada geran tanah rancangn yang telah ditebus oleh ibu dan bapa mereka dan ia selayaknya wajar untuk melindungi syarat pembiayaan tersebut sebagai cagaran.
Seandainya berlaku masalah dalam pembayaran semula, Felda bolehlah mengambil hasil daripada kebun-kebun peneroka yang terlibat sebagai ganti kepada bayaran ansuran bulanan.
Ketahuilah bahawa pada ketika ini terdapat banyak tanah rizab di sekitar perkampungan Felda yang boleh diberikan kepada generasi kedua Felda.

Beri mereka tanah, mereka boleh dirikan rumah.
Binakan mereka taman perumahan, mana mereka mampu membeli kediaman sedemikian ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s